admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – SEMALAM, 13 Julai 2021
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Libaran menjalankan proses agihan vaksin seperti biasa
di bawah Program Imunisasi Covid–19 Kebangsaan.
Dilaporkan bahawa PPV Libaran mengalami
kesesakan orang ramai dengan barisan panjang sehingga ke tepi jalan.
Menurut Ahli Parlimen P186
Sandakan, Vivian Wong Shir Yee melalui laman facebook rasminya telah melawat PPV
Libaran pagi tadi setelah menerima laporan
daripada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai kesesakan berkenaan.
Laporan daripada pegawai KKM
seperti yang dikatakan oleh Vivian di laman facebook hari ini adalah mengenai
barisan panjang yang disebabkan ketibaan penerima vaksin yang tiba lebih awal
daripada masa yang ditetapkan.
Difahamkan situasi itu berpunca daripada
aplikasi MySejahtera yang didakwa tidak disusun dengan baik.
Walaupun banyak kerusi disediakan serta
adanya beberapa petugas sukarela di PPV tersebut, namun masih tidak dapat mengawal keadaan.
Vivian berharap rakyat Sandakan memberikan kerjasama kepada
KKM bagi mengelakkan beralakunya kesesakan orang ramai.
“Saya berharap rakyat Sandakan memberikan
kerjasama sama pihak KKM untuk hanya tiba kira–kira 30 minit lebih awal ke
PPV sesuai dengan masa janji temu kerana petugas di PPV juga sudah ada sistem
giliran yang ditetapkan untuk kesemua penerima berdasarkan masa dan tarikh yang
diterima orang ramai sebelumnya dan wajar sistem ini dipatuhi,” katanya.
-- Wide TV