Sanggup tarik diri dari bertemu atlet Israel

 


Atlet judo dari Sudan, Mohamed Abdalrasool (kiri) dan
 Tohar Butbul dari Israel (kanan)

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - ATLET judo dari Sudan, Mohamed Abdalrasool membuat keputusan tegas dengan  menarik diri daripada bertanding di sukan Olimpik Tokyo.

Abdalrasool menarik diri dan tidak ingin mengotorkan tangannya untuk bertanding menentang atlet dari Israel iaitu Tohar Butbul di pusingan 32 semalam kerana solidariti beliau terhadap Palestin.

Ini merupakan kali kedua atlet judo kategori 73kg menarik diri atas alasan yang sama dengan kedua-dua atlet tidak mahu beraksi bertemu atlet Israel.

Abdalrasool sepatutnya dijadualkan bertemu atlet dari Algeria, Fethi Nourine sebelum ini, namun Nourine terlebih dahulu sudah menarik diri kerana pemenang pertemuan antara mereka akan bertemu atlet Israel, Butbul di pusingan 16.

Nourine menyatakan bahawa sokongan beliau terhadap perjuangan Palestin menyebabkan sukarnya untuk beliau beraksi bertemu Butbul.

Beliau dengan tegas menyatakan kepada Algerian TV bahawa keputusannya sudah muktamad.

"Kami bekerja keras untuk sampai ke Sukan Olimpik dan berita itu datang secara mengejut. Sangat mengejutkan." Kata Nourine.

Serangan Israel ke bumi Palestin pada awal tahun ini dianggap yang paling teruk dengan mereka masih tidak henti-henti memutar belit fakta seolah merekalah mangsa.

Kekejaman rejim Israel tidak mungkin dilupakan oleh umat Islam di seluruh dunia dan ini terasa sehingga ke temasya Olimpik musim ini.

-- The Sukan | Wide TV