Santai ‘dine-in’ di posisi bossku…

 


Datuk Seri Panglima Hajiji Noor

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN – RAKYAT Sabah menyambut baik keputusan kerajaan negeri mengekalkan kebenaran Dine-in di dalam restoran, kedai makan dan dalam hotel.

Rata-rata penduduk negeri ini melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selepas kenyataan rasmi berhubung kebenaran itu dikeluarkan hari ini.

Hajiji dalam satu hantaran facebook memaklumkan kebenaran makan di dalam restoran itu merupakan pendirian tetap kerajaan untuk manfaat rakyat.

“Ini Pendirian kita”. Katanya menerusi entri akaun facebook Hajiji Haji Noor.

Menurutnya, arahan untuk membenarkan aktiviti yang diumumkan pada 29 Jun lalu itu kekal berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negera (PPN) - Fasa 1 masih berkuatkuasa di negeri ini.

Screenshot facebook Hajiji Haji Noor

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun turut menyatakan perkara sama sesuai dengan penetapan prosedur operasi standard (SOP) yang telah diputuskan dalam Fasa 1 – PPN.

Kenyataan beliau dipetik daripada screenshot whatsapp ketika menjawab pertanyaan seorang kenalannya awal pagi tadi.

“Makan dalam restoran atau ‘dine-in’ sepatutnya hanya dibenarkan dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Nasional. Buat masa ini Sabah berada dalam Fasa 2.

“Ia tidak disentuh dalam SOP kerana Kerajaan Negeri Sabah telahpun membenarkan ‘dine in’. Ini bermakna ‘dine in’ tidak dilarang di Sabah,” katanya.

Screenshot whatsapp Masidi Manjun

Berdasarkan komen follower di facebook Hajiji Haji Noor, dapat disimpulkan bahawan rakyat berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat.

Menurut Benazir Japiril Bandaran, beliau mendokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah itu dan mahu lebih banyak kelonggaran dibuat.

“Terima kasih CM. This is our stand, we stand With CM. Lepas ni Sabah buka pantai dan buka taman. Rakyat sabah perlu udara segar untuk kesihatan mental juga fizikal.” Katanya.

Nazreen Zainul turut berterima kasih dengan keputusan kerajaan dan berharap sektor lain turut dibuka bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah.

“Terima kasih, CM dan kerajaan negeri Sabah. Kita kena segerakan buka sektor ekonomi yang lain juga. Kesian pada mereka yang sudah lama terputus sumber kewangan.” Katanya.

Rafli Dalam dan Vee Tong juga berkongsi komen mereka dengan menyifatkan Ketua Menteri sebagai yang terbaik sambal mendoakan kesihatan serta kemajuan negeri Sabah.

“Terbaik Cm sabah!.. Moga terus maju dn sihat selalu

Bagi Farikah Mustil, keputusan dibuat Hajiji sebagai bukti ketegasan dan keprihatinan terhadap rakyat negeri ini.

“Alhamdulillah, terima kasih Ketua Menteri Sabah yang tegas dan prihatin untuk rakyat Sabah👍👍👍” katanya.

“Saya salute CM .. ini pendirian Kita ..well done DS,” kata Kharisma Haseeb.

-- Wide TV