Haram pakai jersi hijau

 


Pemain pasukan Sassuolo

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – MUNGKIN kedengaran pelik apabila warna baju menjadi isu yang serius dalam perlawanan bola sepak.

Perkara ini berlaku di Kelab Serie A, apabila pengedali liga itu telah mengubah peraturan yang sedia ada, iaitu tidak dibenarkan untuk memakai jersi berwarna hijau bagi mana - mana pasukan dalam kempen liga musim 2022-23 dan seterusnya.

Peraturan baru ini digunakan kerana timbulnya keluhan daripada syarikat televisyen Itali yang mengatakan jersi hijau yang digunakan semasa bermain sangat mirip dengan warna rumput sehinggakan berlaku kesukaran untuk melihat pemain yang sedang bermain di atas padang.

Pasukan Sassuolo adalah antara pasukan yang berkemungkinan besar terpaksa menukar warna tradisional mereka iaitu jersi berwarna hijau belang hitam dan ia menjadi jersi utama selama ini.

Namun, terdapat juga beberapa pasukan memiliki jersi di tempat lawan yang bewarna hijau dan dipakai di musim lepas antaranya, Atalanta dan Lazio.

Perubahan peraturan ini bukan sekadar ke atas baju sahaja, malah turut memberi impak kepada warna stokin dan seluar pendek.

Kita tidak tahu seberapa lemah stesen televisyen Itali ini sehingga sukar untuk membezakan pemain bola dengan rumput.

-- The Sukan