admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) membongkar sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi pada Jumaat
lepas.
Taktik sindiket menjual semula minyak masak dengan harga RM7.90/kg sedangkan
harga pembelian asal adalah RM2.50/kg selama 22 bulan dihidu KPDNHEP melalui
risikan lebih dua minggu.
Dengan kerjasama Pasukan Operasi Cegah Penyeludupan (OCP) Kawasan Keselamatan
Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), lokasi sindiket dapat dikesan dimana suspek
berjaya dikenalpasti dan ditahan untuk siasatan.
Suspek berusia 67 tahun ditahan di sebuah premis di Batu 14, Jalan Fook Hin
sekitar pukul 8.45 malam pada 23 Julai 2021 lepas.
Ketua Pegawai KPNDHEP Sandakan, Mohamad Hashim menjelaskan taktik suspek
membeli minyak masak dalam pek dan mengubah bungkusan serta jenama minyak
tersebut sebagai minyak industri yang lebih mahal.
“Suspek memperoleh keuntungan sebanyak RM5.40 setiap kilogram hasil
penjenamaan semula minyak bersubsidi itu,” katanya.
Mohamad berkata, minyak masak yang dijenamakan semula itu dipercayai minyak
masak yang diseludup dari Filipina.
Menurutnya, ketika operasi dilakukan terdapat pekerja yang sedang memotong minyak masak satu
kilogram dan memasukkannya ke dalam tong berwarna hitam sebelum dimasukkan ke
dalam tangki plastik dengan anggaran 8,085 kilogram.
Tambahnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1967.
-- Astro Awani