SANDAKAN – TANGGA Jejak Warisan dihiasi dengan
warna–warna melambangkan tradisi rakyat Sabah.
Tangga Jejak Warisan atau lebih dikenali
sebagai Tangga Seribu adalah salah satu tarikan destinasi pelancong yang berkunjung ke Sandakan.
Apabila melalui Tangga Jejak Warisan, pengunjung akan melalui destinasi tarikan pelacong yang lain seperti - Masjid Jamek yang
berumur 100 tahun, Tugu Peringatan William B. Pryer, iaitu pengasas Sandakan, Rumah Agnes Keith
dan berakhir dengan pemandangan indah Sandakan.
Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dengan
kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) serta
Lembaga Pelancongan Sabah mengambil inisiatif untuk menaik taraf dan
mencantikkan lagi Tangga Jejak Warisan untuk persediaan awal
sebelum industri pelancongan beroperasi semula.
Industri pelancongan di Malaysia
hampir 100 peratus lumpuh, akibat daripada penularan Covid-19.
Daripada krisis tersebut, Presiden Persatuan
Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis mengutarakan 10 tuntutan
daripada kerajaan demi kelangsungan industri pelancongan di Malaysia.
1. Moratorium pinjaman automatik dengan kosong faedah
2. Status Pembiayaan Pelancongan (RM1 billion)
3. Sokongan kewangan, geran dan bantuan
4. Pengecualian bayaran insuran dan cukai jalan termasuk Puspakom
5. Pengecualian cukai untuk ejen pelancongan
6. Pengaturan yang tangkas
7. SOP yang jelas dan lengkap
8. Pelan Pemulihan Pelancongan Komprehensif termasuk pelancongan antara negeri dan antarabangsa
9. Mengutamakan vaksin untuk pemain industri pelancongan
10. Lockdown sepenuhnya sehingga 7 Jun 2021
-- Astro Awani | Tourism Malaysia