Sumber daripada KKM
NURAIDAH MUHD TAHIR
SANDAKAN – BERAKHIRNYA tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) bagi Taman Fajar dan PPR Taman Murni.
Terdahulu, Taman Fajar (lorong 12, 15 & 16) dan PPR Taman Murni
melaksanakan PKPD bermula 27 Jun 2021 sehingga 10 Julai 2021 berikutan
pertambahan kes positif Covid-19 yang mendadak.
Apabila ditanya tentang perkembangan kes positif di Sandakan,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun
berkata “bagi situasi di Sandakan, berlaku peningkatan kes yang amat ketara
dalam tempoh singkat apabila 17 kes positif telah direkodkan di Lorong 12, 15
dan 16, Taman Fajar selepas 91 orang menjalani ujian saringang”.
Tambahnya lagi, “manakala di PPR Taman Murni, 42 orang disaring dan
15 disahkan positif Covid-19”.
Kawasan yang masih menjalani tempoh PKPD di Sandakan adalah Taman
Nuri, bermula 11 Julai 2021 sehingga 25 Julai 2021 dan Batu Sapi, bermula 9
Julai 2021 sehingga 22 Julai 2021.
Terkini, 298 kes positif Covid-19 direkodkan di Sabah, dimana 14
daripadanya adalah kes positif daripada Sandakan.
Untuk maklumat terkini tentang kawasan PKPD di negeri Sabah, pengguna
boleh terus ke halaman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau hubungi talian
hotline KKM di 03 8881 0200 atau 03 8881 0600 atau 03 8881 0700.