Mercu tanda I Love Sandakan terbakar
AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - VIDEO mercu tanda I ❤ SANDAKAN terbakar tular di media sosial hari ini.
Video berdurasi lapan saat itu menunjukkan api marak dari arah belakang dan membakar bahagian tengah struktur binaan tersebut yang terletak di Piaza Harbour Mall, Bandar Sandakan.
Terdapat loggokan seperti kayu dan pelepah pokok pinang yang terbakar dan berkemungkinan dibakar sebelum kejadian itu berlaku.
Bagaimanapun, angin kuat di kawasan tepi laut menyebabkan api marak dengan cepat.
Turut kelihatan dalam video tersebut seorang kanak-kanak berbaju merah berlari cemas sambil memegang kepala berdekatan kawasan itu.
"Woi... woi... wooi.. arhhh..
"Naa kan..." antara dialog yang terakam dalam video itu.
Reaksi tersebut menunjukkan seolah-olah kejadian itu dibakar tanpa sengaja, namun mengejutkan pelakunya kerana tindakan itu mengakibatkan kebakaran besar.
Wide TV cuba mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu daripada individu yang mengirim video tersebut ke dalam grup whatsapp namun sehingga jam ini, masih belum ada maklumat tambahan.
-- Wide TV
0 Ulasan