SANDAKAN – 1,600 bakul makanan diagihkan kepada penduduk Kampung Tinusa 2 bagi meringankan beban penduduknya yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 19 Julai lalu sehingga 1 Ogos 2021.
Bantuan bakul makanan tersebut adalah sumbangan daripada kerajaan negeri Sabah dan diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.52 Sungai Sibuga, Mohamad Hamsan Awang Supain bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.52 Sungai Sibuga, Berahim Nasip Isnin lepas.
Anggota Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang bertugas di
Kampung Tinusa 2 telah membantu mengagihkan bantuan bekalan makanan tersebut kepada
penduduk terlibat.
Hamsan memberi jaminan kepada penduduk Kampung Tinusa 2 agar tidak risau tentang
sekatan bekalan makanan akibat PKPD dan mengingatkan mereka untuk terus mematuhi syarat-syarat pergerakan selama tempoh dua minggu ini.
“Bila kawasan kampung ini telah dikenakan PKPD, maka setiap penduduk
kampung akan mengalami kesukaran dan memerlukan bantuan atas sebab tidak dapat
keluar rumah sesuka hati.
“Maka sebab itu, bantuan ini agihkan secara adil dan saksama tanpa pilih
kasih,” katanya.
Beliau menasihatkan penduduk agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak keluar rumah tanpa sebarang urusan penting.
-- Wide TV
0 Ulasan