Vivian fitnah, hina Zakaria – Laporan polis

 


Laporan polis dibuat pengadu lelaki berusia 30-an.

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN – DAKWAAN Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berhubung kematian seorang penduduk di Parlimen Libaran kerana kelaparan dianggap sebagai tuduhan tidak berasas dan berbaur fitnah.

Dakwaan yang secara jelas menyebut nama Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris juga nyata menghina dan menjatuhkan imej wakil rakyat tersebut serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diwakilinya.

Susulan daripada dakwaan liar itu, satu laporan polis telah dibuat seorang lelaki berusia 30-an di Balai Polis Sandakan, jam 2 petang tadi.

Berdasarkan laporan tersebut, pengadu dikatakan telah membaca satu screenshot status facebook daripada Vivian yang berbaur fitnah.

“PADA 6/7/2021 PADA PUKUL 8 MALAM SAYA BERADA DIRUMAH SAYA DI ..…… SANDAKAN SAYA TELAH MEMBACA SATU TANGKAP LAYAR STATUS FACEBOOK OLEH AHLI PARLIMEN SANDAKAN OLEH YB VIVIAN WONG YANG TERNYATA BERBAUR FITNAH DAN TUDUHAN TIDAK BERASAS.

“STATUS YANG DIMUATNAIK TERSEBUT TELAH MENGHINA DAN MENJATUHKAN IMEJ DATUK ZAKARIA HJ MD EDRIS AHLI PARLIMEN LIBARAN SERTA PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU) BAHAGIAN LIBARAN.” Kata seperti dipetik daripada laporan polis tersebut.

Pengadu turut menjelaskan, bahawa wakil rakyat daripada DAP itu telah mempersenda dan menyindir dengan tulisan kononnya Ahli Parlimen Libaran tidak memberi bantuan bakul makanan menyebabkan seorang penduduk di Tanah Hitam meninggal dunia akibat kebuluran.

“TUDUHAN INI AMAT LAH BERAT DAN SAYA MOHON PIHAK BERKUASA UNTUK MENYIASAT PERKARA INI DENGAN LEBIH LANJUT.” Katanya.

Menurut pengadu, kawasan yang dinyatakan sebagai Kampung Tanah Hitam di Batu 9 juga tidak pernah diwartakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai kawasan perkampungan.

Malah, kedudukan penempatan itu bukan dalam kawasan Parlimen Libaran sebaliknya berada di bawah Parlimen Batu Sapi.

“TUDUHAN KG TANAH HITAM DIBAWAH PARLIMEN LIBARAN ADALAH JELAS TIDAK BETUL SAMA SEKALI.” Katanya.

Ujar pengadu itu lagi, dakwaan Ahli Parlimen Sandakan telah menaikkan kemarahan penduduk kawasan Libaran.
Jelasnya, laporan polis itu dibuat bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya selain menuntut Vivian menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf.


Screenshot laporan berita wtvmedianews.com semalam.

Semalam, Vivian menggesa Ahli Parlimen Libaran agar menjaga kawasannya dan memastikan peruntukan parlimen lebih RM3 juta dimanfataakan sepenuhnya untuk membantu rakyat yang sedang kelaparan.

“Jadi, saya mahu send mesej ini kepada Ahli Parlimen Libaran di mana dia juga kerajaan mempunyai lebih banyak peruntukan untuk menolong orang-orang di kawasan dia seberapa banyak yang boleh,” katanya.

Menurut Vivian, peruntukkan seorang Ahli Parlimen lebih dari RM3 juta setahun dengan tambahan RM300 ribu untuk pengedaran bakul makanan.

-- Wide TV