admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– SETELAH kekalahan Arsenal di tangan Hibernian baru - baru ini, tular pula di
media sosial Twitter berhubung salah seorang pemain terkenal Arsenal iaitu Willian
dengan perut buncitnya.
Willian
menjadi sasaran penyokong selepas pasukan mereka tewas kepada kelab Scotland,
Hibernian, dalam perlawanan persahabatan pertama pra-musim baru – baru ini.
Pemain
tersebut tular dan menjadi bualan di Twitter oleh penyokong Arsenal sendiri
kerana keadaanya dikatakan tidak berada pada tahap yang sepatutnya untuk
diturunkan bermain.
Pelbagai
reaksi yang dikeluarkan oleh pengguna media sosial setelah melihat imej Willian ketika
bermain amatlah mengecewakan pasukan Arsenal oleh kerana diturunkan bermain
dalam keadaan dirinya yang buncit.
Perkongsian
yang telah diberikan oleh Footy Humour berhubung perut buncit William dalam
aksi kekalahan Arsenal telah mendapatkan sebanyak 2,879 retweets di Twetter dan 25.3K likes.
-- Wide TV