admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – PENDUDUK Taman Mawar terpaksa menghirup asap selama hampir empat
tahun akibat daripada aktiviti pembakaran terbuka sampah sarap di kawasan
berdekatan.
Taman perumahan yang didiami 200 keluarga itu sudah tidak asing dengan udara
bercampur dengan asap kerana aktiviti pembakaran selalunya dibuat oleh penduduk
Taman Mawar itu sendiri.
Salah seorang penduduk, Milvin Chai mengatakan sekitar 10 ahli rumah yang
menetap di tempat tersebut sering membakar sampah sarap sehingga 5 kali
seminggu sejak 2016.
“Ruang tamu saya tiada pendingin hawa, jadi kami buka pintu untuk
pengudaraan yang lebih baik.
“Saya telah mencuba pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah ini dari
2019 lagi,” ujarnya.
Jelas Milvin, laporan mengenai situasi ini sudah difailkan kepada Jabatan
Alam Sekitar sejak 2019 lagi, dan amaran terhadap mereka yang bertanggungjawab atas aktiviti pembakaran terbuka telah dikeluarkan.
Namun begitu, Milvin menjelaskan amaran tersebut hanya memberi kesan selama
beberapa minggu.
Mereka yang tidak bertanggung jawab kemudian beralih kepada pembakaran terbuka di sebelah malam kerana
asap tidak mudah dikesan, disamping pekerja Jabatan Alam Sekitar yang hanya bertugas di sebelah
siang.
Untuk tindakan berhubung pembakaran terbuka, orang awam boleh mengemukakan
aduan melalui talian 999 atau memfailkan aduan di laman web Jabatan Alam Sekitar.
-- The Vibes | Wide TV
0 Ulasan