6 pasukan lengkapkan tiket UEFA musim ini

Antara pasukan yang melayakkan diri dalam saingan UEFA musim ini


MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SEBANYAK 26 pasukan telah layak secara automatik ke peringkat kumpulan UEFA Champions League berdasarkan kedudukan akhir liga tempatan dan juga kejuaraan Liga Europa. 

Sebanyak 6 pasukan lagi yang berentap dalam perlawanan kelayakan play-off untuk melengkapkan 32 pasukan telah diperoleh.

Antara 6 pasukan yang berjaya melayakkan diri melalui play-off adalah Benfica, Malmo, Young Boys, Shakhtar, Sheriff dan Salzburg.

Undian untuk menentukan kumpulan pasukan pula berlansung padav 26 Ogos 2021 hari ini, jam 12 tengah malam waktu Malaysia, bersamaan dengan 5 petang waktu musim panas British.

Kesemua pasukan yang layak dan bakal layak dibahagikan ke dalam empat balang, dengan balang 1 diisi oleh pasukan yang memenangi liga negara masing - masing.

Balang - balang yang seterusnya menempatkan pasukan mengikut ranking coefficient kelab dan senarai pasukan tersebut mengikut balang adalah seperti di bawah.

Balang 1: 

Chelsea – juara bertahan UCL
Bayern Munich – juara Bundesliga
Manchester City – juara Liga Perdana Inggeris
Atletico Madrid – juara La Liga
Inter Milan – juara Serie A
Sporting – juara Primeira Liga
Lille – juara Ligue 1
Villareal – juara Liga Eropah

Balang 2 : 

Real Madrid – naib juara La Liga
Barcelona – ketiga La Liga
Sevilla – keempat La Liga
Manchester United – naib juara Liga Perdana Inggeris
Liverpool – ketiga Liga Perdana Inggeris
Juventus – keempat Serie A
Paris Saint Germain – naib juara Ligue 1
Borussia Dortmund – naib juara Bundesliga

Balang 3 :

Porto – Primeira Liga
Ajax Amsterdam – Eredivise
RB Leipzig – Bundesliga
Atalanta – Serie A
Zenit St Petersburg – Liga Perdana Russia

Balang 3 atau 4 :

Besiktas (Turki)
Dynamo Kiev (Ukraine)
Dinamo Zagreb (Croatia) atau Sheriff Tiraspol (Moldova)*
Shakhtar Donetsk (Ukraine) atau Monaco (Perancis)*
RB Salzburg (Austria) atau Brondby (Denmark)*
Benfica (Portugal) atau PSV Eindhoven (Belanda)*

Balang 4 : 

Brugge (Belgium)
AC Milan (Itali)
Wolfsburg (Jerman)
Young Boys (Switzerland) atau Ferencvaros (Hungary)*
Ludogrets (Bulgaria) atau Malmo (Sweden)*

-- Wide TV | The Sukan