Air Asia sedia perkhidmatan di udara dan darat

Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride Malaysia, Lim Chiew Shan (lapan dari kiri) dan Ketua Penguatkuasaan Keselamatan Kumpulan AirAsia yang juga Ketua airasia ride, Kapten Ling Liong Tien (sembilan dari kiri) bersama barisan pemandu airaasia ride - Foto ihsan AirAsia


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com 

SANDAKAN – AIRASIA ride menawarkan perkhidmatan e-hailing yang berbeza dan menarik melalui plarform sehenti Air Asia Super App untuk pengalaman tempahan menyeluruh dari udara ke jalan raya.

Demikian Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes semasa majlis pelancaran maya airasia ride, semalam.

Air Asia Bhd menerusi Super App miliknya melancarkan perkhidmatan yang dikenali sebagai airasia ride akan memulakan langkahnya di Lembah Klang, Selangor.

“Dengan memanfaatkan asset data yang telah kami bina sejak 20 tahun lalu, airasia ride adalah peneraju baharu dalam industry e-hailing dan perjalanan.

airasia ride bukan sahaja membawa anda dari lokasi A ke B, tetapi turut menyediakan pengalaman pengguna menyeluruh untuk penumpang sebelum, semasa dan selepas penerbangan”, ujar Tony.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Super App, Amanda Woo berkata perkhidmatan e-hailing yang disediakan oleh Super App menjanjikan pemanfaatan sepenuhnya terhadap teknologi Super App dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.

Antara ciri khas yang tersedia untuk pengguna airasia ride ialah

  1. Allstar Ride – pemandu ialah Juruterbang atau kru kabin Air Asia
  2. Diskaun RM3 untuk perjalanan pertama dengan kod promosi AARIDE3 bermula sekarang sehingga 30 September 2021
  3. Lady Drivers – untuk pengguna wanita yang inginkan servis dari jantina yang sama, menjamin keselesaan maksimum

Perkhidmatan airasia ride dijangka akan diperkenalkan di beberapa bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sabah, Pulau Pinang, Johor Bahru dan beberapa lagi tahun ini. 


-- Berita Harian | Wide TV