Amri Yahya buat hal lagi di Likas!


Amri Yahya sekali lagi melakukan helah liciknya

SANDAKAN - AMRI Yahya sekali lagi melakukan tindakan yang sangat licik terhadap pasukan lawan, dalam aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Likas malam tadi.

Ketika perlawanan menentang Terengganu FC sebelum ini, Amri telah berjaya melakukan tindakan scam terhadap Rahmat Makasuf sekaligus membuatkan skuad penyu itu berputih mata.

Pada perlawanan semalam pula, pemain veteran negara itu sekali lagi menjadi scammer licik dalam dunia bola sepak tanah air.

Hal ini berlaku apabila Amri melakukan tindakan sama seperti sebelumnya dengan berlari naik ke atas ketika Paolo Josue yang mengambil sepakan percuma buat KL City di minit ke-58.

Walaupun bola berjaya meledakkan gawang gol The Rhinos ketika itu, namun ia tidak dikira kerana pemain KL yang terperangkap offside

Perlawanan semalam berkesudahan seri 1 - 1 dengan KL mendahului di minit ke-22 kerana kesilapan sendiri pemain Sabah, Randy Baruh sebelum menyamakan kedudukan hasil jaringan Levy Clement Madinda pada minit ke-65. 

"Apabila kita tidak dapat menyempurnakan peluang, kita dihukum, dan membayar kesilapan itu dengan harga yang mahal." 

Saya taknak salahkan sesiapa, kegagalan (kutip mata penuh) bukan kerana seorang pemain, tapi keseluruhan pasukan.

"Kita hilang mata sebab kesilapan sendiri", kata pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto setelah tamat perlawanan.

-- Wide TV | labolamalaya