Perlawanan Terengganu - Sabah berakhir dengan seri tanpa jaringan
SANDAKAN - BAGI yang telah menonton perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin baru-baru ini, mungkin telah mengetahui tindakan yang telah dilakukan Amri Yahya dalam perlawanan tersebut.
The Rhinos yang berkunjung ke tempat lawan berjaya mengikat Sang Penyu seri tanpa jaringan kerana helah yang cukup licik daripada Amri Yahya pada minit akhir perlawanan.
Helah licik Amri Yahya perangkap Rahmat Makasuf
Terengganu yang dihadiahkan sepakan percuma di luar kotak pinalti pada minit ke 88 bejaya disempurnakan oleh David Da Silva.
Walau bagaimanapun, tindakan bijak daripada Amri menjadi tumpuan apabila berjaya memperdayakan Terengganu setelah gol tersebut dibatalkan pengadil kerana Rahmat Makasuf yang terperangkap offside.
Keputusan berkenaan telah mecipta jurang mata yang sangat jauh buat Skuad Penyu untuk mengejar Johor Darul Ta'zim (JDT) di tangga teratas liga.
Sabah pula setakat ini berada di tangga ke 7 liga dengan berkongsi 18 mata bersama Petaling Jaya City FC yang berada di tangga ke 8 liga, namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan.
-- Wide TV | Unifi