admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - TERHALANG niat dari solat subuh, anjing bermaharajalela di kawasan menuju masjid membahayakan keselamatan penduduk kampung.
Demikian ujar penduduk Kampung Tinusa 2, Azlani Rayqiezan dalam posting Facebooknya berkenaan isu anjing liar yang semakin kerap berkeliaran di sekitar kampung tersebut sejak beberapa bulan lepas.
Azlani memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan aktiviti anjing liar di sekitar kampung sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan orang awam.
"Begitu banyak rungutan daripada warga penduduk Kampung Tinusa 2 sejak sekian lama berkenaan anjing-anjing liar yang nampaknya seperti berkuasa!
"Isu anjing-anjing liar ini bukan sahaja menyentuh aspek soal keselamatan warga penduduk namun perlakuan vandalisme kepada harta penduduk Kampung Tinusa 2!", tegas Azlani.