Anuar Ibrahim dikatakan mendapat sokongan dan biayai oleh USA
MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - SEBUAH video Tiktok telah beredar di platform media sosial lain seperti Facebook berhubung Amerika Syarikat (US) menyokong kepada parti pembangkang di bawah kepimpinan Dato Sri Anwar Ibrahim.
Berdasarkan perkongsian akaun Tiktok yang bernama @luardalam, parti pembangkan di Malaysia bukan sahaja menerima sokongan yang amat kuat dari negara kuasa besar itu malahan perjuangan parti tersebut juga dibiayai.
Terdapat beberapa faktor dinyatakan dalam video berkenaan bagaimana US menyokong aliran perjuangan parti Anuar antaranya campur tangan politik dan menyekat penguasaan China.
Hal ini diakui sendiri oleh Deniel Twinig selaku President International Republican Institude (IRI) bahawa mereka telah bekerja di Malaysia dengan parti politik pembangkang sejak tahun 2002 lagi.
"Kami berusaha memperkuatkan parti pembangkang Malaysia, dan teka apa yang berlaku dua bulan lalu setelah 61, mereka menang", kata Daniel setelah Pakatan Harapan diangkat sebagai kerajaan ketika itu.
"Satu langkah pertama sebenar yang diambil pemerintah baru, mereka membekukan pelaburan infrastruktur China."
"Ini bukan negara yang sangat pro Amerika, ia mungkin tidak akan menjadi sekutu kami yang sebenarnya, tetapi ini akan menguntungkan kami, betul?, dan itulah contoh permainan panjang", kata presiden IRI itu lagi.
Video penuh telah dimuatkan Wide TV di channel Youtube agar pembaca dapat memahami kesemua isi kandungan video berkenaan.
-- Wide TV | luardalam