Empat lokaliti di Sandakan tamat PKPD

Kenyataan Media Kluster Keselamatan


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – TEMPOH Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti sekitar Sandakan tamat hari ini seperti yang dijadualkan.

Empat lokaliti tersebut adalah Flat LPPB Sri Taman, Taman Kenari (Lorong 1 hingga 8), Taman Mawar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni yang telah memulakan tempoh PKPD sejak 30 Julai lepas.

Penamatan PKPD di kawasan tersebut disiarkan melalui kenyataan media Kluster Keselamatan yang diketuai Menteri Kanan Luar Negeri, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, semalam.

Dalam perkembangan lain, Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) melanjutkan tempoh perintah berkurung di tujuh daerah kawasan perairan sehingga 28 Ogos 2021.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali memberitahu orang awam untuk tidak menghampiri kawasan yang disiytihar didalam perintah berkurung di antara pukul 6 petang sehingga 6 pagi.

Jelasnya, tempoh tersebut dilanjutkan untuk mengelakkan risiko pencorobohan pengganas di kawasan perairan yang akan mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa serta pelancong asing yang melawat pusat peranginan di pulau-pulau.

“Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan lain-lain kes jenayah rentas sempadan”,ujarnya.

ESSZONE terdiri daripada tujuh daerah, meliputi Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

-- Berita Harian | Kluster Keselamatan | Wide TV