SANDAKAN - SEORANG atlet dari Greece, Miltiadis Tentoglou baru - baru ini telah tular di pelbagai platform media sosial.
Miltiadis tular apabila mencuri tumpuan dunia, khususnya dalam kalangan penggemar siri anime One Piece dengan gaya "Gear Second" yang ditunjukkan olehnya semasa sesi perkenalan.
Gaya "Gear Second" yang ditunjukkan altet Greece itu merupakan teknik serangan watak utama dalam siri anime berkenaan, iaitu Monkey D. Luffy setiap kali berdepan dengan musuh.
Lebih mengejutkan apabila Miltiadis berjaya merangkul pingat emas dalam acara lompat jauh Olimpik Tokyo yang disertainya, segaligus menggegarkan dunia para peminat One Piece.
"Jika anda tahu, maka anda tahu. Ia berasal dari One Piece. Kekuatan Luffy bertambah apabila dia berbuat begitu” katanya ringkas ketika mengulas gaya berkenaan", katanya semasa ditemu bual.
Luffy adalah salah satu watak anime yang paling popular dan berasal dari Jepun. Malah, siri anime berkenaan menerajui carta dengan salinan komik paling banyak terjual di seluruh dunia.
Dalam edisi Olimpik Tokyo, Luffy antara watak yang dipilih untuk mewakili subbudaya Jepun untuk tatapan para penonton Olimpik diseluruh pelosok Bumi.
-- Wide TV | Siakap Keli | Wonderlandian