Chong Chang Hing
NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com
admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – SANDAKAN Chinese Chamber
of Commerce (SCCC) mengemukakan usul merangkumi inisiatif dan cadangan untuk
memulihkan ekonomi daerah Sandakan.
Pengerusi SCCC, Chong Chang Hing
menyerahkan usul tersebut kepada Timbalan Ketua Menteri lll Sabah, Datuk Dr
Joachim Gunsalam baru-baru ini.
Usul tersebut merangkumi inisiatif
jangka pendek dan jangka panjang, antaranya adalah;
- Mempercepat projek landasan Lapangan Terbang Sandakan untuk menampung lebih banyak pengunjung antarabangsa ketika industri pelancongan dibuka semula
- Membuka Pusat Transformasi Bandar (UTC)
- Membuka universiti dalam jarak 10km dari Sandakan untuk pelajar lokal dan mereka yang berasal dari luar Sandakan
- Memindahkan kawasan berlabuh untuk kapal kargo kayu Filipina dari Batu Sapi lebih dekat ke bandar Sandakan
- Memperbaiki sistem kumbahan demi kepentingan kesihatan awam
Chong berkata Joachim juga mengundang
peniaga tempatan untuk teroka potensi pelaburan di Sandakan Palm Oil Indsutrial
Cluster (POIC).
-- Borneo Post | Wide TV