Kepulangan CR7 ke Manchester

CR7 rasmi pulang ke ke Manchester United


MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SEJAK kebelakangan ini, nama Cristiano Ronaldo sering beredar di media sosial khususnya kepada peminat bolah sepak.

Hal ini kerana bintang bola sepak dari Portugal ini dikaitkan dengan perpindahannya ke kelab lain setelah tamat kontrak bersama Juventus.

Paling menggegarkan peminat di seluruh dunia hari ini adalah selepas beliau secara rasminya dikatakan kembali ke bumi Old Trafford, dan bakal beraksi bersama Manchester United.

Menarik tentang perpindahan CR7 pada musim panas ini, beliau awalnya dikatakan bakal menyertai Manchester City, selepas mengumumkan bahawa dirinya tidak akan beraksi bersama Juventus lagi.

Ketika namanya dikaitkan dengan Man City, para peminat setan merah dilihat begitu beremosi dan tidak boleh menerima bahawa hal itu akan berlaku.

Mendes kemudiannya menghubungi United untuk berunding hal berkait Cristiano Ronaldo, dengan setan merah tidak menunggu lama untuk mendapatkan pemain terhebat dunia itu.

Dalam satu sidang media pada pagi Jumaat, pengurus Juventus Max Allegri telah mengesahkan bahawa Ronaldo akan meninggalkan kelab tersebut.

“Semalam, ada sembang dengan Ronaldo, dia bagitahu yang dia dah tak ada hati nak kekal di Juventus dan oleh sebab itu, dia tidak akan diturunkan esok (perlawanan menentang Empoli) dan pagi ni pun dia tak sertai latihan", kata Allergi dalam sidang media tersebut.

Tidak sampai 24 jam, United telah berjaya mendapatkan persetujuan dari kedua - dua Juventus dan Ronaldo untuk membawanya kembali ke bumi Old Trafford.

Belum turun beraksi Ronaldo sudah menunjukkan impak yang positif dan beliau juga secara tidak langsung telah menunjukkan pada kelab tentang apa yang bakal mereka nikmati selepas ini.

Kurang satu jam pengikutnya sudah mulai membanjiri laman instagram United dan tentunya menjelang pagi esok, semakin ramai yang akan menyusul.

Belum lagi penjualan jersi nanti, yang mana United tentunya bakal memperoleh durian runtuh dengan menjual jersi Ronaldo selepas ini.

Ketika artikel ini ditulis, pengikut Man Utd di laman instagram dari 42.8 juta, telah meningkat sehingga 45 juta.

Menakjubnya lagi, muat naik United tentang pengumuman kembalinya Ronaldo, telah mendapat lebih 6.5 juta tanda suka seawal 30 minit di muat naik.

Belum pernah dalam sejarah muat naik United mendapat sambutan yang begini meriah, jadi ternyata impak Ronaldo masih berbisa dengan beliau sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri.

-- Wide TV | The Sukan