admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – PELANGGAN dan pekerja
Supermarket dan Hypermarket yang telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah
Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera sahaja dibenarkan memasuki premis.
Demikian Standard of Procedure
(SOP) mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 untuk seluruh negeri Sabah
yang dikemaskini semalam.
Selain daripada itu, SOP dine in di
premis makanan juga dibenarkan untuk mereka yang telah lengkap divaksin
mengikut dos vaksinasi masing-masing.
“Semua premis makanan hanya
dibenarkan untuk menjual makanan atau aktiviti dine in sahaja.
“Sebarang aktiviti sosial, poolbar, majlis atau aktiviti yang menyebaban perkumpulan adalah tidak dibnarkan dan tertakhluk kepada pematuhan SOP seperti berikut:
i. Pemilik premis makanan perlu memastikan pelanggan dan pekerja yang telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera dibenarkan memasuki premis
ii. Kapasiti 50% setiap meja dan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter
iii. Susun atur meja hendaklah dihadkan di dalam ruangan premis sahaja
iv. Hidangan secara bufet dibenarkan dengan syarat sarung tangan plastik (jenis pakai buang) disediakan untuk semua pelanggan
v. Hidangan yang dipesan hendaklah dihantar dan dihidang oleh kakitangan restoran di meja pelanggan
vi. Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan
vii. Aktiviti seperti Bar, KTV dan hiburan adalah tidak termasuk dalam kategori ini dan tidak dibenarkan
viii. Semua individu hendaklah mematuhi SOP dengan mengamalkan pendekatan 3W (Wash, Wear & Warn) dan mengelakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
Diharap semua warga Sabah ambil maklum dengan SOP terkini bagi PPN Fasa 2. Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke akaun Telegram MKN Sabah.
-- Wide TV