Perlawanan Liga Super malam ini, Sabah FC VS KL City FC
MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com
admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - SABAH FC pada perlawanan sebelum ini telah berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan hanya memungut 1 mata setelah berjaya mengikat Terengganu FC seri tanpa jaringan.
Skuad Tembadau seterusnya akan menerima kunjungan daripada Kuala Lumpur City FC di Stadium Likas pada jam 8.15 malam ini.
Sabah pada malam ini memilki peluang yang sangat cerah untuk meraih 3 mata penuh kerana kelebihan bermain di tempat sendiri, tambahan pula KL City FC mengalami masalah pemain.
KL City FC dilaporkan akan turun tampa penyerang pada malam ini setelah penyerang import baharu mereka, Kyrian Nwabueze dilanda kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL)
Situasi bertambah buruk bagi KL apabila penyerang berpengalaman mereka, Safee Sali mengalami demam denggi dan pemain muda mereka, Alif Safwan Mohd Sallahuddin dilihat belum bersedia.
Keadaan ini memaksa pengedali pasukan KL, Bojan Hodak untuk meletakkan kembali Romel Morales di posisi serangan.
"Sudah dua perlawanan kami turun tanpa penyerang, tetapi tetap bermain dengan baik berbanding perlawanan sebelum ini," kata pengedali KL City FC itu.
"Inilah bola sepak, ada kalanya nasib akan baik atau buruk, itulah yang terjadi kepada kami apabila semua pemain di posisi lain tidak pernah cedera serius, namun berbeza di posisi penyerang apabila kali kedua kami kehilangan pemain," ulasnya lagi.
Bermain di tempat sendiri dan pasukan lawan tiada penyerang utama, mampukah Sabah meraih kemengan pada malam ini setelah banyak kali terlepas peluang dalam perlawanan sebelumnya?
-- Wide TV | unifi | Harian Metro