admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - Lionel Messi yang telah rasmi menjadi milik Paris Saint-Germain (PSG) baru - baru ini mendapat liputan yang sangat besar dalam dunia bola sepak dunia.
Terdapat penerimaan yang tidak baik oleh beberapa pihak walaupun perpindahan Messi menerima reaksi yang sangat memberangangkan dari ratusan peminat bola sepak khususnya penyokong PSG .
Bintang Perancis, Kylian Mbappe yang juga merupakan penyerang bagi pasukan PSG antara yang tidak menyukai keberadaan Messi dalam PSG, hal ini kerana Mbappe sudah memberitahu dia tidak berminat bermain bersama bintang Argentina itu.
Kylian Mbappe telah mengambil keputusan untuk meminta pengurusan tertinggi PSG untuk melepaskannya sejurus ketibaan Messi ke kelab itu.
Wartawan Perancis, Thibaud Vezirain berkata, Mbappe bersedia untuk keluar dari PSG dengan alasan dia tidak mahu bermain bersama Messi.
“Kylian Mbappe mahu meninggalkan kelab. Dia meminta bonus keluar dari pasukan dan dia tidak mahu menyambung kontraknya. Sama ada dia berpindah ke Real Madrid musim panas ini atau menyertai mereka secara percuma musim depan.
“Dia sudah memberitahu pasukan dia tidak berminat bermain dengan Messi,” kata Vezirain dalam L’Equipe.
--Wide TV | Utusan Malaysia | Beria Harian