admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - BEKAS pemain bolah sepak Kedah, Azmeer Yusuf baru - baru ini telah berkongsi satu kisah yang mana beliau pernah meminta gaji RM1 sebulan untuk terus bermain bola sepak.
Kisah berkenaan telah dikongsikan oleh bekas pemain bola sepak Kedah itu melalui satu video berdurasi lima minit di saluran Youtube miliknya iaitu Azmeer Yusof.
Ya, RM1 sahaja yang beliau minta dan beliau juga mengatakan boleh menerima jika terus dibayar untuk setahun RM12.
Kisah tersebut berlaku ketika Azmeer berhenti bermain bola sepak pada pertengahan tahun 2020, di mana seorang pegawai persatuan bola sepak menghubunginya dan memberikan tawaran untuk bermain semula.
Beliau juga mengatakan bahawa itu bukanlah satu penghinaan tetapi niat ikhlas daripada beliau asalkan syarat - syarat yang diminta olehnya dipenuhi.
" Ini bukan satu penghinaan kepada beliau, kepada bola sepak, kepada persatuan, bukan, niat saya memang ikhlas, saya nak terima gaji banyak macam tu, tapi saya nak beliau terima syarat-syarat yang saya letak, saya pun beri dia dua tiga syarat ", kata Azmeer dalam video tersebut.
“Salah satu syarat saya letak adalah, saya nak ajak semua solat asar berjemaah sebelum memulakan sesi latihan”, ulasnya lagi.
Azmeer Yusof merupakan bekas pemain bola sepak pasukan Kedah dan telah mengumumkan persaraannya secara rasmi pada Disember tahun lalu.
Beliau ketika ini merupakan salah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan Azmeer Yusof juga sebenarnya antara selebriti yang paling banyak terlibat dalam kerja-kerja kebajikkan.
-- The Sukan | Wide TV