admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – RANG undang-undang anti
lompat parti akan dibentangkan di parlimen.
Demikian ujar Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dalam siaran langsung ucapan khasnya, semalam.
Muhyiddin mengusulkan Rangka
Persefahaman Rentas Parti semasa berucap dalam persidangan khas berikutan
kemelut politik yang berlarutan sejak akhir-akhir ini.
Antara cadangan yang diusulkan beliau adalah;
1. Rang undang-undang pindaan perlembagaan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja
2. Rang undang-undang anti lompat parti
Rangka tersebut diusulkan menerusi siaran langsung persidangan khas
yang berdurasi 23 minit, dimana pengisiannya meliputi penjelasan mengenai status kepercayaan
Ahli Parlimen dan rakyat terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Jelasnya, tarikan sokongan daripada
Ahli-Ahli Parlimen telah menimbulkan keraguan dan secara tidak langsung telah
memberi kesan kepada rakyat dan negara.
“Dalam keadaan saya dan rakan-rakan
dalam dalam kabinet berhempas pulas menguruskan pandemik, beberapa Ahli Parlimen
telah menarik sokongan kepada saya.
“Ini menimbulkan keraguan tentang
keabsahan saya sebagai Perdana Menteri dan kedudukan kerajaan Perikatan
Nasional sebagai kerajaan yang memerintah”, ujarnya.
Muhyiddin berkata jika beliau
mengambil keputusan untuk meletak jawatan, semua jemaah menteri juga terpaksa
menanggung akibatnya.
Oleh itu, beliau membuat keputusan
untuk meneruskan pimpinan kerajaan dibawah Perikatan Nasional sehingga negara
pulih dari ancaman pandemik.
“Kemelut politik tidak berkesudahan,
sasaran imuniti kelompok tak dapat dicapai dan nyawa rakyat akan terus dlm bahaya.
“Kami telah mencapai satu kata sepakat untuk beruding dengan pimpinan-pimpinan parti diluar Perikatan Nasional untuk usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat”, jelasnya.
Terangnya, undi usul percaya ini
akan memastikan pimpinan kerajaan lebih stabil dan inklusif di masa hadapan.
-- Wide TV