Muhyiddin sedia letak jawatan esok

Tan Sri Muhyiddin Yassin

NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - PERDANA Menteri bakal menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di Istana Negara, esok. 

Perkara itu disahkan Ahli Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof selepas mesyuarat Ahli Parlimen Bersatu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perikatan Nasional, Publika sebentar tadi.

"Ya benar, perletakan jawatan esok", katanya.

Jelasnya, keputusan itu adalah jalan terakhir yang diambil berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kita sudah sampai ke tahap yang tidak boleh buat apa-apa pun. 

"Yang terakhir adalah strategi bipartisan, tetapi tidak disambut, jadi kita kena letak jawatan.. kita suda usaha terbaik untuk rakyat", ujarnya. 

Pemimpin-pemimpin kanan parti Bersatu dilihat meninggalkan ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) sekitar jam 11.30 pagi tadi. 

-- Berita Harian | Astro Awani | Harian Metro