admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - APLIKASI MySejahtera menimbulkan tanda tanya apabila pemohon mendapat kawasan temu janji vaksinasi yang jauh dari tempat tinggal pemohon.
Tular di Facebook semalam, masyarakat di sekitar Sabah memuat naik posting berkenaan temu janji vaksinasi mereka yang telah ditetapkan setelah sekian lama menunggu.
Namun begitu, harapan mereka musnah apabila lokasi pengambilan vaksinasi lebih jauh dari lokasi yang dipohon.
Saiful Arifin menerusi Facebook berkata "Suda input alamat di Sandakan last last tuaran di bagi. Kenapa bukan USA?
"Sekali cancel disuruh tunggu lagi sebulan", luahnya.
Seorang lagi pengguna Facebook berkongsi kebimbangan apabila berada dalam situasi yang sama.
"Alamat Kota Belud tapi disuru ambik vaksin p Tawau", ujarnya.
Berikutan kegelisahan masyarakat Sabah atas ketetapan temu janji vaksinasi yang tidak masuk akal, Pejabat Kesihatan Kota Belud telah mengeluarkan kenyataan melalui akaun Facebook mereka.
"Mohon perhatian kepada rakan rakan yang mendapat temu janji yang berada di luar kawasan, sila tekan confirm your appointment dengan membatalkan temu janji baru anda.
"Sila isikan maklumat yang diperlukan (sebab sebab anda membatalkan temu janji) dan pihak MySejahtera akan memberikan anda temu janji yang baru", jelas mereka.
Terdahulu, Ahli Parlimen (MP) Sandakan, Vivian Wong menyatakan kerisauannya akan negeri Sabah kerana mempunyai kadar vaksinasi terendah di Malaysia.
"Pejabat kami menerima banyak panggilan daripada warga emas sejak awal tahun ini untuk mendapatkan bantuan bagi mendaftarkan mereka dalam program imunisasi ini" kata beliau.
-- Wide TV