admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – NAJIB Razak gagal hadiri
sidang perbicaraan yang dijadualkan pagi ini di Mahkamah Tinggi, menyebabkan
ketidak-puasan hati hakim perbicaraan kes 1MDB.
Bekas perdana menteri itu diwakili
peguam Rahmat Hazlan, dimana beliau memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Dato’
Sri Najib Razak serta Ahli Parlimen (MP) yang lain mendapat notis singkat
tentang keperluannya untuk hadir di Istana Negara dan menghadap Yang di-Pertuan
Agong (YDPA).
“Jadi YDPA akan menemu ramah setiap
MP satu demi satu, klien saya dijadualkan berangkat dari PWTC ke istana
pada pukul 10.30 pagi.
“Kami tidak tahu secara spesifik
pukul berapa dia dijadualkan untuk bertemu YDPA, tetapi dia dijadualkan bertolak
jam 10.30 pagi dari PWTC”, jelas Rahmat.
Hakim perbicaraan kes 1MDB, Collin Lawrence tidak berpuas hati dengan alasan tersebut kerana perbicaraan kes Najib
sepatutnya bermula pukul 9.30 pagi hari ini.
“Dia seharusnya mendapat ihsan
untuk datang ke sini terlebih dahulu”, katanya.
Collin jelas dan faham tentang
ketaatan rakyat dengan titah YDPA, termasuk keperluan Najib untuk menghadap
YDPA hari ini.
“Tetapi laporan akhbar yang saya
baca mengatakan temu duga tersebut berjalan secara peringkat demi peringkat.
“Klien anda mesti beritahu saya
dari pukul berapa hingga pukul berapa (temu ramah dengan YDPA akan
berlangsung), saya ingin tahu pukul berapa slotnya di sana, dan setelah dia
bertemu dengan YDPA, saya mahu dia kembali ke sini dan perbicaraan diteruskan.
“Saya mungkin tidak berhenti pada
jam 4 petang hari ini (untuk perbicaraan Najib)”, tegasnya.
Sebelum ini, hakim perbicaraan
Najib amat tegas tentang penundaan atau percepatan sesi perbicaraan kes atas
sebab atau alasan-alasan yang diberi oleh peguamnya.
Antara alasan yang dikemukakan
sebelum ini adalah berkenaan status kesihatan Najib serta tanggungjawabnya
untuk menghadiri sidang parlimen tertentu.
Semalam, hakim membenarkan sesi
perbicaraan berakhir lebih awal, iaitu pada pukul 10.45 pagi atas permintaan
peguam Najib untuk membolehkan beliau menghadiri pertemuan di PWTC dengan presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan naib
presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk pemilihan perdana menteri
yang baru.
Adalah penting untuk tertuduh
menghadiri sesi perbicaraan yang ditetapkan untuk memastikan proses pengadilan
yang adil.
-- Malay Mail | Wide TV