Kesilapan pemain punca Sabah gagal lagi!


Keputusan satu sama di antara Sabah FC VS Kl City FC semalam

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - PERLAWANAN LIga Super yang berlangsung di Stadium Likas semalam berakhir dengan keputusan seri satu sama di antara Sabah FC dan Kuala Lumpur City FC.

Amat malang bagi Sabah apabila jaringan yang diperolehi KL adalah daripada kesilapan pemain mereka sendiri, Randy Baruh yang menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-22.

The Rhinos kemudian berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 hasil jaringan, Levy Clement Madinda menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti. 

Pasukan bumi di bawah bayu itu masih gagal dalam meraih 3 mata penuh setelah seri dalam 3 perlawanan sebelum ini.

Sabah selepas perlawanan berkenaan masih di kedudukan ke - 7 dalam Liga Super dengan 19 mata manakala KL City FC 21 mata di kedudukan ke - 6 liga.

Satu lagi perlawanan yang berlangsung semalam, Terengganu berjaya membenam Petaling Jaya City FC 3 - 0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

-- Wide TV | Sinar Harian | Berita Harian