Pemandu Van ditikam berkali-kali

Mangsa parah berlumuran darah

AMRULLAH ABDUL KARIM 
amrullah@semarakniaga.com.my 

SANDAKAN - PEMANDU van henti-henti dikenali sebagai Arfa, 23, parah setelah ditikam beberapa kali pada bahagian tangan; berdasarkan gambar yang tular di media sosial hari ini. 

Mangsa yang masih berada di tempat duduk pemandu berlumuran darah dan dalam keadaan lemah. 

Kejadian dipercayai berlaku di depan sebuah rumah di sebuah kawasan kampung di Batu 9. 

Menurut rakan mangsa yang enggan dikenali, ketika kejadian Arfa yang memandu van henti-henti Batu 16 - Bandar Sandakan dikatakan secara tiba-tiba diserang individu tidak dikenali lalu menikamnya. 

Arfa dibawa ke Hospital Duchess Of Kent untuk menerima rawatan

"Ditahan basnya tiba2 , lpstu org tuh buka pintu bas baru dia tikam tuh driver. 

"Depan mataku men dia d tikam," kata saksi kejadian itu. 

Difahamkan, mangsa telah dibawa ke Hospital Duchess of Kent untuk menerima rawatan. 

Berdasarkan maklumat daripada saksi terbabit dan rakan rapat mangsa, berkemungkinan berlaku pergelutan antara suspek dengan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan tersebut. 

Bagaimanapun, punca serta motif sebenar kejadian belum diketahui. 

Wide TV akan cuba mendapatkan pengesahan daripada pihak polis mengenai kejadian tersebut. 

-- Wide TV