Perak dan Gangsa buat Malaysia


Sedutan Video Kontinjen Negara Di Olimpik Tokyo

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung dari 23 Julai 2021 hingga 8 Ogos 2021 telahpun labuhkan tirainya semalam.

Sepanjang temasya sukan berprestij itu, Malaysia sekadar berpuas hati dengan pengutan 1 Perak dan 1 Gangsa sahaja.

Pungutan pingat yang diperoleh sekaligus meletakkan Malaysia dalam kedudukan ke-71 dalam carta pungutan pingat musim ini.

Pingat Perak Malaysia berjaya diraih oleh The Pocket Rocketmen negara, Dato Mohd Azizul Asni Awang untuk acara keirin, manakala Gangsa pula daripada beregu badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Walau bagaimanapun, rata - rata rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian yang telah diberikan oleh semua atlet kebangsaan yang berentap pada temasya kali ini.

Olimpik seterusnya akan berhijrah ke benua Eropah pada tahun 2024 di Paris dan Wide TV pula telahpun menyediakan montaj kotinjen negara untuk temasya kali ini.

-- Wide TV