SANDAKAN - PADA 12 Ogos 2021 (Jumaat), Program Outreach Vaksinasi Covod-19 telah diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pekan Sg. Tiram.
Sebanyak 700 dos diberikan kepada penduduk sekitar Pekan Sg. Tiram dalam tempoh dua hari iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu.
Pada hari pertama pemberiaan vaksin berkenaan, Ketua Kampung Sg. Tiram, Matra Ajirol mengatakan bahawa sebanyak 333 dos vaksin disasarkan untuk diberikan kepada penduduk.
"Diwujudkan untuk kemudahan orang-orang kampung, jadi terima kasih jugalah ada program begini mengasi senang orang-orang luar bandar termasuk orang kampung", katanya.
Terdapat juga segilintir penduduk setempat yang tidak menghadiri temu janji yang telah ditetapkan di dalam MySejahtera.
Walau bagaimanapun, PPV Pekan Sg. Tiram bersedia menerima sekiranya ada penduduk setempat yang datang untuk menerima vaksin secara walk in, segaligus mampu melancarkan program vaksinasi.
Hafidah yang ditemui setelah selesai menerima vaksin di PPV berkenaan mengakui bahawa ia datang secara walk in disebabkan masalah temu janji MySejahtera yang dihadapinya, iaitu tempat temu janji vaksin yang jauh.
"Kalau akulah kan, aku cakap suruhlah datang semua, rugi bah nanti akan datang dibayar sekarang masih free syukurlah dibagi sebab semua orang mahu, aku tertungu-tungu", jelas Hafidah.
-- Wide TV