admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - SETELAH Kylian Mbappe membuat kanyataan berhubung kedatangan Lionel Messi ke Paris Saint-Germain (PSG) akan membuatnya keluar dari kelab berkenaan.
Terdapat pula ura - ura mengatakan bahawa kelab gergasi Perancis itu berminat untuk meminang Cristiano Ronaldo jika pemain ternama Portugal ini akan tamat kotraknya bersama Juventus.
Ronaldo akan ditawarkan kontrak dua tahun, yang bermaksud dia akan berusia 39 tahun sebaik sahaja kontrak tersebut tamat, dan ejennya, Jorge Mendes sudahpun menyedari akan minat tersebut.
PSG juga dilaporkan bersedia untuk kehilangan Mbappe secara percuma pada musim panas 2022 dan mahukan Ronaldo untuk menggantikan tempatnya.
Tambahan pula, perbincangan di antara PSG dan Mbappe mengenai kontrak baru masih tergantung dan bintang Perancis itu kini dijangka akan meninggalkan Paris meskipun selepas kelab itu telah menambah pemain - pemain baru yang luar biasa.
Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi telah memberi pesanan khusus kepada Mbappe selepas ketibaan Messi dengan berkata;
“Dia (Mbappe) katakan yang dia mahukan sebuah pasukan yang kompetitif, dan anda tidak akan menemukan pasukan lain yang lebih kompetitif berbanding kami di sini.
"Dia tidak mempunyai sebarang alasan untuk melakukan perkara lain selain daripada kekal berada di sini”, Ulas presiden kelab itu lagi
-- Wide TV | Planet Sukan | Majalah Sukan