Sabah hampa di halaman sendiri


Sabah gagal lagi memburu kemenangan setelah tumpas 3-0

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SABAH FC sekali lagi hampa apabila tewas dengan mudah ditewaskan di tangan Penang FC.

Sabah masih gagal memburu kemenangan di Stadium Likas semalam setelah dengan mudah ditumpaskan Penang 3-0.

Jaringan pertama Penang  adalah pada separuh masa pertama memenerusi tandukan pemain importnya, Anselmo Arudda da Silva pada minit ke-37.

Bersambung babak kedua, Sabah terus ketinggalan apabila Penang FC menambah dua lagi jaringan.

Jaringan di babak yang kedua adalah di minit ke-52 dan minit ke-66, masing-masing menerusi Casagrande dan Sheriddin Boboev.

Keputusan itu sekali lagi menghampakan hasrat Skuad Badak untuk menamatkan kemarau kemenangan di gelanggang sendiri sejak pusingan kedua Ligar Super bermula bulan lalu.

-- Wide TV | Berita Harian