admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - SERAMAI 114 ahli parlimen akan dipanggil oleh Yang Di-Petuan Agong (YDPA) ke Istana Negara hari ini, menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Ahli-ahli parlimen berkenaan akan tiba dalam lima kumpulan ke Istana Negara bermula jam 10 pagi, terdiri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu, Umno, MCA, MIC, PAS dan beberapa parti lain beserta ahli parlimen bebas.
Beberapa ahli parlimen juga telah mengesahkan bahawa senarai itu betul dan mereka akan menghadiri sesi tersebut seperti yang dijadualkan.
Namun, Ahli Parlimen P.032 Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak dilihat di dalam senarai 114 ahli parlimen berkenaan.
"Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara, bererti Ismail Sabri dengan izin Allah adalah calon PM yang menang," kata Ahmad Maslan.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata ketika dihubungi Malaysiakini;
"Alhamdulillah DSIS (Ismail Sabri) telah berjaya diangkat sebagai PM ke 9 berdasarkan jemputan Istana Negara kepada semua MP yang mencalonkan beliau," katanya.
Berikut merupakan komposisi ahli parlimen yang akan dijemput ke istana pagi ini:
- Umno - 37
- Bersatu - 31
- PAS - 18
- GPS-PBB - 13
- GPS-PRS - 2
- GPS-PDP - 2
- MCA - 2
- GPS-SUPP - 1
- MIC - 1
- PBRS - 1
- PBS - 1
- Star - 1
- Independent - 4
-- Wide TV | Malaysia Kini