Sambutan PPV walk in mendukacitakan, 7 lagi lokasi dibuka bermula 30 ogos ini

Dr Johari menerusi posting Isu Sandakan di akaun Facebooknya


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – PUSAT Pemberian Vaksin (PPV) menerima sambutan mendukacitakan walaupun laluan untuk pengambilan vaksin secara walk in telah dibuka selama dua hari di empat lokasi berbeza.

Pegawai Jabatan Kesihatan Sandakan, Dr Johari berkongsi pandangannya menerusi posting Isu Sandakan di Facebook beberapa hari lepas.

“Kes baru Covid hari ini 245 kes tertinggi setakat ini… dan sejak lebih dua minggu, masih mencatatkan kes dengan 3 angka setiap hari.

“Keluarlah segera ke dewan ppv untuk menerima vaksin. Bersabar la sikit kerana perlu beratur n mengikuti SOP drpd pihak keselamatan”, ujarnya.

Beliau mencadangkan masyarakat Sandakan supaya berkunjung ke Dewan Hakka, bertempat di Taman Tyng kerana PPV tersebut dikhaskan untuk warganegara sahaja.

Kunjungan Alias ke Pejabat Kesihatan Sandakan

Wakil Rakyat N.53 Sekong, Alias Hj Sani mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Dr Johari agar dapat membuka lebih banyak PPV dalam mencapai imuniti kelompok.

“Beliau (Dr Johari) ada menyatakan dalam pertemuan kami bahawa mereka ada memberikan vaksin di Klinik Kesihatan PPR Batu Sapi namun untuk 50 dos sehari.

“Dan akan mempertimbangkan untuk membuka PPV untuk kawasan Batu Sapi jika keadaan dan kemampuan mereka mengizinkan”, jelasnya.

Lokasi PPV sekitar Sandakan bermula 30 Ogos 2021

Alias juga berkongsi jadual PPV bagi vaksinasi secara walk in di tujuh lokasi sekitar Sandakan, termasuk PPV Dewan PPR Batu Sapi bermula 30 Ogos ini.

-- Wide TV