Sanggup berpanas demi vaksin

Feri manual yang terpaksa digunakan penduduk Kampung Tanjung Pisau untuk menyeberang


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – PENDUDUK Kampung Tanjung Pisau terpaksa berpanas menaiki feri manual demi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Feri manual tersebut digunakan penduduk kampung sejak 30 tahun lalu untuk menyeberang ke bandar Sandakan kerana kedudukan mereka yang terletak di seberang Sungai Lalasun.

Kontraktor Abdul Rahman Sahak berkata “dahulu, sebelum ada lagi jalan ini, kami menggunakan perahu atau kapal untuk ke Sandakan untuk berurusan di bandar,”

Jelasnya, perkara ini menyebabkan kesukaran keatas penduduk kampung untuk mengambil suntikan vaksin serta urusan sehari-hari seperti membawa keluar hasil pertanian.

Justeru, penduduk kampung tersebut berharap agar jambatan menghubungkan Kampung Lalasun dengan Kampung Tanjung Pisau dapat dibina untuk memudahkan urusan mereka di masa hadapan.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen (MP) Sandakan, Vivian Wong menyuarakan kerisauannya dengan perkembangan kadar vaksinasi Sabah yang masih rendah berbanding negeri lain menerusi akaun Facebook miliknya.

Vivian Wong menerusi Facebook

Vivian menegaskan pembahagian dos vaksinasi hendaklah dipercepatkan di Sabah, terutamanya di Sandakan atas sebab kadar purata jumlah populasi yang telah melengkapkan vaksinasi amat rendah berbanding kadar di negeri lain.

“Sabah telah meminta lebih banyak bekalan vaksin sejak bulan lalu, yang mengakibatkan penutupan sementara beberapa pusat vaksinasi di seluruh negeri, sehingga menunda kelajuan proses vaksinasi yang sudah agak terlambat di negeri in.

“Malahan, Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri juga secara terbuka merayu kepada Putrajaya untuk mempercepatkan penghantaran vaksin ke Sabah,”katanya.

Jelasnya, kes harian Covid-19 yang meningkat serta kadar vaksinasi yang lambat di Sabah menyebabkan kenaikan kes yang mendadak, dan secara tidak langsung memberi kesan kepada pesakit yang sedia ada.

“Minggu lepas, kluster baharu telah tercetus daripada Hospital Duchess of Kent (HDOK) yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 jangkitan, termasuk dua petugas kesihatan.

“Ini juga telah memberi tekanan kepada kemudahan penjagaan kesihatan awam yang sudah terlalu banyak, dan semua klinik pakar di HDOK terpaksa ditutup sementara dari 26 Julai, yang akan mempengaruhi ratusan pesakit yang tidak berkaitan dengan Covid,” tegasnya.

Vivian menjelaskan pendaftaran vaksinasi di Sabah masih kekal terendah di Malaysia.

Berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), populasi di Sabah yang telah mendaftar untuk vaksinasi hanya 39.2 peratus, kira-kira separuh kadar pendaftaran kebangsaan.

-- Astro Awani | Facebook Vivian Wong | Wide TV