Shafie Apdal ikut 'flashmob' mahu sidang Parlimen diteruskan

Shafie Apdal menerusi siaran langsung dari Facebook Vivian Wong

NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – "PARLIMEN yang menggubal undang-undang di negara ini manakala eksekutif melaksanakan undang-undang yang di pass di parlimen."

Demikian kata Presiden Parti Warisan Sabah yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam demonstrasi pembangkang awal pagi tadi menerusi siaran langsung dari facebook Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong.

Demonstrasi tersebut disertai ketua-ketua parti pembangkang dan ahli-ahli parlimen yang berarak dari Dataran Merdeka hingga ke hadapan Parlimen dengan memegang tenda 'Muhyiddin dan Kabinet Letak Jawatan'.

Shafie bersama ketua parti pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka untuk menyuarakan ketidakpuasan hati atas penangguhan sidang parlimen yang sepatutnya diteruskan hari ini.

“Tuanku sudah bertitah, persidangan parlimen harus berlangsung seperti biasa.

“Speaker sudah berjanji soalan-soalan yang kita bangkitkan akan dijawab hari isnin, tapi malangnya persidangan dibatalkan sebab Covid-19,” katanya.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, ahli parlimen yang dijangkiti Covid-19 tidak pernah menghadiri mana-mana persidangan.

Tegasnya, parlimen merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang di Malaysia, manakala badan eksekutif pula hanya bertugas untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

Kuasa eksekutif Malaysia terletak kepada kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia.

Untuk video siaran langsung penuh, boleh terus ke Facebook Vivian Wong.

-- Facebook Vivian Wong | Wide TV

Catat Ulasan

0 Ulasan