Muhyiddin bersama Kabinet PN
AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - MASIH bergelar Perdana Menteri atau sudah meletak jawatan?
Persoalan itu timbul selepas seorang pemimpin UMNO membuat kenyataan berhubung perletakan jawatan Perdana Menteri yang telah dimuat naik di facebook sebentar tadi.
Rafi Awg Kechik yang juga blogger UMNO membuat hantaran itu beberapa jam lalu sambil meminta pengikutnya menunggu pengumuman rasmi berhubung perkara itu.
"MAKLUMAT diterima,Mahiadin sebentar tadi letak jawatan. Tunggu pengumuman.
"Bagaimana dgn kabinetnya?" Katanya.
Screenshot Rafi Awg Kechik
Hantaran Rafi turut dipetik oleh portal The Malaysia Life dengan meletakkan tajuk 'Pemimpin Umno sahkan Muhyiddin Yassin baru sahaja letak jawatan'.
Bagaimanapun, artikel yang dimuat naik jam 2.15 petang tadi tidak diulas secara lanjut.
Sebaliknya, ulasan hanya berkisar mengenai kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah telah terbubar secara automatik selepas pengumuman pembatalan Ordinan Darurat pada Sidang Khas Dewan Rakyat.
Wide TV masih menantikan kenyataan rasmi daripada pemimpin atasan UMNO berhubung perkara tersebut.
-- Wide TV
0 Ulasan