Telur ayam menghilang di Sandakan?

Komen-komen masyarakat Sandakan menerusi Facebook

NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – Masyarakat semakin cemas akan kekurangan stok telur ayam di pasaraya dan kedai runcit di sekitar Sandakan berikutan pandemik Covid-19.

Telur ayam diklasifikasi oleh masyarakat sebagai salah satu barang keperluan kerana harganya yang murah membolehkan penggunaannya dimanfaatkan dalam menghadapi krisis ekonomi.

Beberapa pengguna Facebook menyatakan kerisauan mereka apabila stok telur ayam semakin berkurangan, adapun gred-gred rendah dijual dengan harga yang amat mahal.


Yusof Latif Mustapha di Facebook berkongsi perjalannya dalam mencari telur ayam di pasaraya sekitar Sandakan.

“Sudut telur di pasar raya Mydin sangat lenggang,” ujarnya.

Beliau kemudian bergerak ke Pasaraya MU di Batu 8 untuk membeli barangan keperluan tersebut, tetapi tetap tidak membuahkan hasil.

“Pendek kata, mungkin semua kedai di Sandakan kehilangan emas berharga itu terutama ketika ia amat diperlukan pada saat tekanan corona 19 terus menigkat dalam kehidupan seharian kita.

“Mungkin inilah sejarah pertama di daerah Sandakan, telur ayam hilang daripada pasaran? Kalau ada pun mungkin harga gred C melebihi harga gred A,” jelasnya.


Seorang lagi pengguna Facebook, Shuky Hideo berkongsi pandangan terhadap harga telur ayam yang semakin meningkat sejak Perintah Kawalan Diperketatkan (PKP) dilaksanakan.

“Harga telur sekotak di Sandakan ni sama harga suda sama ayam sekilo, jangan juga ya mengasi mahal market-market Sandakan ni.

“Suda tau PKP, mengasi mahal lagi kamu,” tegasnya.

Diharapkan pihak berwajib, khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengeluarkan kenyataan tentang kekurangan stok telur ayam yang semakin disedari masyarakat Sandakan.

-- Wide TV