admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – MASYARAKAT tanpa dokumen yang ingin mengambil vaksinasi secara walk in terpaksa berjemur dibawah matahari di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Libaran.
Tular
foto perbandingan layanan yang diberikan kepada masyarakat yang mengambil
vaksinasi hari ini di laman sosial, menunjukkan perbezaan dua darjat.
Mereka
yang mempunyai dokumen dilihat menunggu giliran dibawah kanopi dengan kipas
manakala mereka yang tidak mempunyai dokumen terpaksa duduk bercangkung di
jalan simen dibawah terik matahari.
Difahamkan,
vaksinasi secara walk in di PPV Dewan Libaran untuk masyarakat yang tidak
mempunyai dokumen hanya bermula pada pukul satu tengahari, namun masih ramai
yang datang awal untuk memastikan mereka mendapat nombor giliran dengan lebih cepat.
Terdahulu,
Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menerusi Facebook menyenaraikan tujuh lokasi
vaksinasi secara walk in di sekitar Sandakan untuk memudahkan proses vaksinasi
dan mempercepat kadar imunisasi kelompok.
Lima
lokasi yang dibuka bermula 28 Ogos sehingga 2 September ialah;
- PPV Dewan Masyarakat Sandakan
- PPV Dewan Hakka
- PPV Dewan Tiong Hua
- PPV Dewan Yu Yuan
- PPV Dewan Libaran
Manakala
PPV Dewan PPR Batu Sapi dan PPV Dewan Gum Gum akan dibuka untuk vaksinasi
secara walk in pada 15 September 2021.
Wide TV akan cuba mendapatkan pengesahan dari pihak berwajib mengenai kejadian tersebut.
-- Wide TV