Vaksinasi secara walk in bermula hari ini

Makluman vaksinasi secara walk in menerusi akaun Facebook Vivian Wong


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – PUSAT Pengambilan Vaksin (PPV) Dewan Hakka dan Dewan Masyarakat Sandakan, membuka laluan untuk masyarakat yang ingin mengambil vaksinasi secara walk in bermula pukul satu petang, pada 26 Ogos sehingga 27 Ogos 2021.

Manakala Dewan Tiong Hua dan Dewan Yu Yuan akan dibuka bermula pukul 8.30 pagi pada hari yang sama.

Langkah ini diambil untuk mengelak daripada kesesakan pengambilan vaksinasi yang dialami beberapa kawasan PPV beberapa hari lepas.

Vivian Wong melawat PPV Dewan Hakka di Taman Tyng

Ahli Parlimen P186 Sandakan, Vivian Wong menyuarakan kerisaunnya terhadap isu ini menerusi posting di akaun Facebooknya, semalam.

“Mohon hentikan segera vaksinasi secara datang terus (walk in) di Dewan Hakka, Taman Tyng atau di kawasan perumahan.

“Sejak PPV ini dibuka untuk walk in, ratusan orang telah berbaris diluar rumah atau kediaman penduduk di taman perumahan berdekatan PPV Dewan Hakka ini untuk mendapatkan vaksin lebih awal dari masa ditetapkan dan juga ketika kita semua masih berhadapan dengan pandemic Covid”, ujarnya.

Jelas Vivian, kehadiran orang ramai menyebabkan kerisauan penduduk perumahan di sekitar PPV.

Oleh itu, Vivian menyarankan pembukaan PPV di lokasi baru seperti Dewan Aktiviti Pelajar SMJK Tiong Hua untuk menjamin kesejahteraan semua pihak.

“Untuk mengeklak mereka kesana dan kesini, kita perlu memindahkan lokasi PPV yang lebih sesuai jika kita mahu melaksanakan walk in ini dengan sebaiknya dan apa yang penting lokasinya bukan dalam kawasan perumahan”, katanya.

Diharapkan laluan empat lokasi ini selama dua hari dapat memudahkan masyarakat yang ingin mengambil vaksinasi secara walk in.

-- Wide TV