Warga asing ditahan, jual telur penyu bernilai RM1,320

Warga asing yang ditahan bersama telur penyu


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com 

SANDAKAN – WARGA asing yang dipercayai menjalankan aktiviti jualan telur penyu ditahan di pusat bandar Sandakan, semalam.

Lelaki berumur 36 tahun itu ditahan bersama 528 biji telur penyu dalam operasi yang dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar (JHL), Taman Taman Sabah (TTS), dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk mengesan aktiviti yang melanggar undang-undang.

Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata tangkapan seawal 7.30 pagi itu membuahkan empat plastic berisi telur penyu yang dianggarkan bernilai sekitar RM1,320 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Suspek kemudian terus ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang tiada dokumen pengenalan diri yang sah”,ujarnya.

Jelasnya lagi, rampasan operasi tersebut dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 (PIN 2000).

-- Sinar Harian | Wide TV