'Wayang politik' Zahid Hamidi kata Pemuda UMNO

 

Shariff Ismarhafiz Sh Abd Rahman

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - BIASANYA jika ketua sesebuah parti buat ketetapan yang diputuskan dalam mesyuatat pasti anak-anak buahnya akan menuruti segala keputusan yang telah dicapai.

Seperti keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini telah menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Malangnya, keputusan itu seakan tidak senada dengan pendirian Pemuda UMNO Libaran yang sampai ke saat ini masih belum nampak hala tuju parti selepas keputusan drastik itu dibuat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Libaran, Shariff Ismarhafiz Sh Abd Rahman berkata, beliau terpanggil untuk membuat kenyataan berhubung perkara itu kerana baginya ahli parti perlu jelas dan memahami situasi sebenar.

Menurutnya, walaupun keputusan dalam mesyuarat telah dibuat namun masih ada yang tidak mengikut jejak presiden termasuk Ahli Parlimen UMNO sendiri.

Katanya, semua itu berlaku atas beberapa faktor antaranya, hala tuju yang kabur dan sengaja dirahsiakan.

"Kemana Hala tuju UMNO yang cuba dibawa oleh Presiden?

"Sekiranya halatuju presiden untuk jadi pembangkang semula, apa kebaikan & kelebihan kepada parti UMNO & ahli-ahli di grassroot?" Katanya menerusi hantara facebook semalam.


Paling dibimbangi apabila timbul persoalan sama ada tindakan presiden UMNO itu ada agenda peribadi untuk memberikan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim secara senyap dengan menggunakan nama parti.

Shariff turut mempersoalkan tindakan siapa sebenarnya yang membelakangi titah Yang di-Pertuan Agong.

"YDPA sudah perkenan kerajaan PN ini akan mentadbir sehingga sidang parlimen pada bulan september yang mana ahli parlimen boleh mengusulkan UNDI PERCAYA sekiranya ada.

"Siapa yang derhaka sekarang ini?" Soalnya.

Beliau berkata, alam Perhimpunan Agong UMNO (PAU) yang lalu UMNO telah memutuskan untuk bersama dalam kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Usul tersebut jelas (berkata). No PPBM, No PKR (anwar) & No DAP." Jelasnya.

Shariff yang menggelarkan diri sebagai 'Party Man' dengan selamba mengatakan rakyat semakin muak, jemu dan sakit hati melihat 'wayang politik' yang cuba dibawa oleh Presiden UMNO.

-- Wide TV

Catat Ulasan

0 Ulasan