admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – PERDANA Menteri dinasihatkan untuk meletak jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebanyak tiga kali, mengikut dakwaan Sarawak Report.
Dakwaan tersebut dikatakan melalui sumber Sarawak Report dimana maklumat
tentang pengunduran Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Md. Yassin merupakan
perbincangan berulang bersama YDPA selepas penarikan sokongan daripada beberapa
Ahli Parlimen Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Namun begitu, Muhyiddin menolak nasihat YDPA dan menegaskan bahawa beliau
masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.
“Dia meminta Raja untuk mengizinkannya membuktikan keabsahannya di
Parlimen, bukannya mengundurkan diri kerana Raja telah menasihatinya untuk
melakukannya tiga kali,” jelas Sarawak Report.
YDPA bersetuju dengan cadangan Muhyiddin kerana kaedah yang diutarakan
beliau boleh menguji sebanyak mana Ahli Parlimen yang masih menyokong pimpinan Perdana
Menteri itu.
Walau bagaimanapun, sesi Parlimen yang sepatutnya bersidang terpaksa
ditangguh atas sebab kes positif Covid-19 yang menimpa beberapa Ahli Parlimen,
maka Muhyiddin menetapkan sesi persidangan seterusnya akan diadakan pada
September.
Sarawak Report mendakwa sesi persidangan yang ditunda membolehkan Muhyiddin
mengambil masa untuk mengumpul semula sokongan keatasnya.
“Tujuan yang jelas adalah untuk meluangkan waktu untuk menyuap, menggertak
dan menyalahgunakan pejabatnya dalam percubaannya untuk memujuk jumlah yang
cukup untuk meloloskan suara,” lapor Sarawak Report.
Laporan penuh boleh diakses di Sarawak Report.
-- Sarawak Report | Malaysia Dateline | MH Daily