170k warga Sandakan belum mengambil vaksin

Sandakan menduduki tangga ke 20 bagi populasi dewasa yang telah mengambil vaksin 


NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – SERAMAI 170,000 penduduk Sandakan belum mengambil suntikan vaksin di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar kota Sandakan.

“Untuk pengetahuan, 90k warganegara Sandakan belum vaksin.

“80k bukan warganegara belum vaksin”, ujar Penyelaras PPV Integrasi Dewan Libaran dan Dewan Gum Gum, Dr Mohd Azizan bin Abdul Aziz semasa menghubungi pihak Wide TV.

Jelasnya, pihak pengurusan PPV hanya memerlukan nama dan ID bagi bukan warganegara dan mereka yang tidak mempunyai dokumen untuk pemberian vaksin.

Contoh gambar ID yang digunakan - Dr Mohd Azizan

Sebelum ini, pengurusan pemberian vaksin bagi dua golongan diatas memerlukan gambar bagi pemprosesan ID sebelum dibolehkan mengambil suntikan vaksin.

“Selepas ini tiada lagi ambil gambar untuk ID Creation bagi mereka yang tiada dokumen.

“Hanya nama dan ID sahaja”, katanya.

Terdahulu, Dr Mohd Azizan menghubungi Wide TV untuk menguar-uarkan keadaan PPV Dewan Libaran yang lengang walaupun telah mendapat sumbangan khemah dan kerusi untuk keselesaan masyarakat yang datang.

Beliau mengutarakan kebimbangannya terhadap statistik Sandakan yang merekodkan kadar penerima vaksin terendah di Sabah.

Wide TV ingin mengalu-alukan warga Sandakan untuk mengambil suntikan vaksin di PPV sekitar Sandakan bagi mencapai imuniti kelompok.

-- Wide TV