admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– "SAYA dapati daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri,
di mana mereka menyatakan masih ramai orang yang sudah mendapat dos pertama
tetapi tidak hadir untuk dos kedua."
Demikian kata Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Dewan Libaran dan Dewan
Gum Gum, Dr. Mohd Azizan Rahayu semasa ditemu bual Wide TV, Ahad lalu.
Beliau mengulas berhubung data yang diperoleh daripada KKM menunjukkan masih ramai penduduk di daerah ini yang masih belum mengambil vaksin dos kedua walaupun sudah mendapat temujanji selepas selesai dos pertama.
Ketika
ditanya tentang keadaan PPV Dewan Libaran yang semakin sesak sekarang, beliau
menjelaskan keadaan itu disebabkan kehadiran penerima vaksin dos kedua serta remaja berumur 12-17
tahun.
“Saya
bagi credit juga dengan CITF, MPS dan NGO-NGO yang membuat program outreach,
sehingga mereka yang tidak mahu vaksin pun keluar untuk ambil vaksin”, katanya.
Dr
Mohd Azizan juga mengingatkan warga Sandakan untuk tidak mudah mempercayai
cerita-cerita palsu tentang vaksin Covid-19 di Facebook, YouTube dan platform
media sosial yang lain.
“Kalau
benar, pasti sudah dikeluarkan di berita.
“Dapatkan
berita yang sahih, barulah kita boleh sampaikan”, jelasnya.
Tambahnya
lagi, Sandakan merupakan antara daerah yang mempunyai kadar lengkap vaksin terendah
di Malaysia.
“Malaysia
dah capai 80 peratus, bukan Sandakan.
“60 peratus cukup dos pun Sandakan belum capai”, ujar Dr Mohd Azizan.
Beliau ditemu bual Wide TV semasa program Sambutan Ulang Tahun UMNO N.52 Sungai Sibuga dan Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Tinusa 1 bersama Klinik Perdana Batu 7, Sandakan.
-- Wide TV