Safee Sali menjadi wartawan

Bekas penyerang utama Harimau Malaya, Safee Sali

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SIAPA yang tidak kenal kepada bekas penyerang pasukan Harimau Malaya, Safee Sali yang pernah menjadi tonggak utama pasukan kebangsaan satu ketika dulu.

Safee pada 14 jam lalu ketika artikel ini ditulis, dilihat sebagai penyampai berita untuk Berita Harian.

Melalui posting video di laman Facebook Sinar Harian yang berdurasi 5 mint 45 saat itu,  menunjukkan bekas penyerang kebangsaan itu menyampaikan berita yang bertajuk 'Ini bukan kerajaan Barisan Nasional: Annuar Musa'.

Safee siap berpakaian tradisional dengan bertanjak ketika menyampaikan berita berkenaan.

Siapa sangka pemain daripada Kuala Lumpur City FC ini sekarang menjadi wartawan Sinar Harian dan terdapat juga di ruang komen posting berkenaan yang perasan akan perkara ini.

"super safee dah tukar posesi ke", kata Adyhijrah Adybosco.

"Sapi sali dah pencen bola ke", kata Mustaqqim Ramli pula.

"Dah la berita pasal lebai hadi jilat lawak.. Tambah diulas dgn safi sali lagi tergelak aku", kata Haris Zukry.


Walau bagaimanapun, tiada mana - mana sumber atau kenyataan daripada Safee Sali sendiri bahawa beliau telah berhenti menjadi pamain bola sepak dan bermula dengan kerjaya baharu sebagai wartawan.

-- Wide TV | Sinar Harian